GaramNur.Com

Selamat Datang ke Laman Garam Nur

GaramNur.Com

Garam Himalaya mempunyai 84 mineral yang diperlukan tubuh badan kita.

3 Pilihan Garam Nur - Garam Mandian dan Rendaman Kaki

Ekstrak Bahan utama Garam Himalaya Premium, Rock Salt dan Powder Salt, Bunga-bungaan, Essential Oil, Herbal Water DAN Doa Pilihan.

CARA MANDI GARAM TERAPI

Cara Peggunaan : 1 penutup therapy salt, 5 liter air, larutkan, mandi bilasan terakhir. Rendaman Kaki : rendam kaki 30 minit

Follow Kami

Khidmat Nasihat 014-2979545 | Email garamnur@gmail.com

18 April 2018

Kandungan Minyak Angin Camphor Juga Memudaratkan

Produk ubat yang mengandungi camphor mudah didapati di pasaran. Camphor diguna sejak sekian lama dalam produk berubat seperti persediaan luaran berbentuk sapuan yang bertujuan merawat otot dan sebagainya.

Ia diperoleh daripada pokok camphor nama saintifik Cinnamomoun camphora dan ekstrak yang terhasil adalah minyak pati yang bersifat mudah meruap.

Ia mempunyai aroma yang sangat kuat dan dapat memberi rasa hangat dan nyaman. Bagaimana pun, ramai pengguna tidak menyedari camphor juga boleh menyebabkan kemudaratan terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Risiko keracunan adalah tinggi dalam kanak-kanak kerana camphor cepat diserap melalui kulit dan lapisan mukosa. Keracunan camphor boleh terjadi apabila individu tertelan mahupun terhidu produk mengandungi camphor.

Turut dilaporkan keracunan yang berlaku selepas persediaan mengandungi camphor ini disapu di hidung, kulit atau bahagian perut.

Simptom keracunan awal boleh berlaku dalam tempoh 5 hingga 15 minit atau tertelan dan kemuncaknya pada 90 minit. 

Kes keracunan yang dilaporkan kebanyakkannya membabitkan keradangan pada salur pencernaan dan gangguan pada sistem saraf pusat.

Di negara asing, ada kes kematian kanak-kanak yang tertelan lebih 5 mililiter (ml) minyak angin mengandungi camphor. Ia  disebabkan tindak balas pada sistem saraf pusat hingga mengakibatkan sawan dalam masa 20 hingga 30 minit selepas tertelan.

Kebanyakan pakar kanak-kanak tidak mengesyorkan penggunaan minyak berangin atau mana mana produk yang mengandungi camphor. 

Pihak berkuasa seperti Persatuan Pediatrik Amerika dan Badan Pengurusan Makanan dan Ubat-ubatan Amerika (FDA) mengeluarkan arahan melarang penggunaan minyak angin yang dicampur dengan camphor melebihi 11 peratus.

Produk berubat yang mengandungi camphor juga perlu dilabel dengan jelas. Bahagian Regulatori Farmasi Negara mengeluarkan arahan bahawa semua produk yang mengandungi camphor perlu disertakan risalah amaran yang melarang penggunaan kepada kanak-kanak di bawah umur dua tahun atas risiko boleh menyebabkan sawan.

Bagi kanak-kanak berumur lebih dua tahun, penggunaan perlu berhati-hati. Selain itu, risalah amaran perlu menyatakan bahawa sapuan produk mengandungi

camphor ke dalam hidung kanak-kanak walaupun dalam jumlah yang sedikit boleh menyebabkan kanak-kanak pengsan serta merta.

Walaupun jumlah kes keracunan camphor yang dilaporkan sedikit, hal ini perlu diambil serius kerana kesannya boleh membawa maut.

Pengguna dinasihatkan lebih berhati-hati dan membaca arahan pada label atau risalah produk dengan teliti memandangkan produk mengandungi camphor mudah didapati secara meluas termasuk di kedai runcit berhampiran kediaman kita.

Sekiranya orang awam mempunyai sebarang pertanyaan am berkaitan ubat-ubatan, boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1800-88-6722 kami sedia membantu.

Metro Ahad : 09 April 2017
Disediakan oleh : Khairunnisa Mohamad, Pegawai Farmasi Hospital Kemaman.
Ditaip semula oleh : garamnur.com


Kandungan Menthol Dalam Minyak Angin

 
Soalan : Apa Itu Menthol

Menthol adalah bahan aktif dalam pembuatan minyak angin. Selain menthol terdapat bahan aktif seperti camphor dan menthyl silicate dalam pembuatan minyak angin.

Fungsi menthol juga memberikan rasa sejuk dan seterusnya mengurangkan kesakitan.

Menthol yang mempunyai 5% dalam kandungan produk tidak berbahaya berbanding 16% yang menyebabkan kulit boleh terbakar.


Apa Kesan Menthol

Menthol boleh memberikan kesan alahan seperti gegatal, masalah pernafasan, sakit saraf, sakit kepala dan tidak sesuai digunakan ke atas bayi.

Menthol boleh didapati secara semula jadi dari tumbuhan seperti peppermint atau boleh dikeluarkan secara tiruan.

Pengguna Minyak Angin

Pengguna minyak angin therapy oil ini adalah pengguna boleh dikatakan kerap menggunakan minyak ini di waktu pagi , petang dan malam.

Bermula November 2017 keluaran terbaru ini kita telah memutuskan untuk tidak meletakkan kandungan menthol di mana kandungan menthol sebelum ini adalah 7.7%

Sesuai Semua Peringkat


Minyak Angin Therapy Oil keluaran Nur Himalayan Salt sesuai digunakan ke atas bayi hingga warga emas dan selamat dari bahan kimia.

Bagi menggantikan menthol, kita memasukkan minyak pudina atau peppermint dan bahan bahan semula jadi seperti minyak habbatusauda dan minyak zaitun.

Di negara kita minyak dan krim berangin banyak dijual dengan pelbagai jenama antara yang terkenal Minyak Angin Cap Kapak dan Vick Vapo Rub

Susunan oleh : garamnur.com

10 April 2018

Warna Garam Himalaya



Warna garam himalaya atau garam bukit asal berwarna pink, putih, putih jernih, kelabu dan warna perang.
.
Definisi Merah Jambu :  penyayang bersungguh-sungguh, naluri hubungan intim yang tinggi, ekstrim apabila fokus kepada sesuatu dan sihat tubuh badan.
.
Di negara luar mereka menggelarkan garam himalaya adalah pink salt, rock salt, himalayan sea salt dan di negara kita gelaran garam ini disebut garam himalaya, garam bukit , garam gunung dan bermacam macam lagi.
.
Apa pun garam ini adalah garam tinggi mineral dan berasal dari pakistan , pastikan ori baru beli.
.
Kami di garam nur telah memperjuangkan garam himalaya  iaitu garam mandian dengan 3 pilihan iaitu garam lavender, garam lemon dan garam rose

alhamdulillah memasuki di tahun keempat, makin lama buat garam , makin hati jadi seronok 100% natural dan tanpa bahan kimia terlarang.

#warna #garamhimalaya #garambukit #pinksalt #himalayansalt #garamnur #nurhimalayansalt
.
Dapatkan info di
www.garamnur.com

03 April 2018

Garam Masakan Lama dan Baru


Dua - dua tetap garam masakan di hati kami, garam masakan kiri label lama, kita simpan satu buat kenangan  dan yang baru kita mula pasarkan 1 April 2018 ambik berkat sempena bulan rejab.



02 April 2018

Promosi Garam Masakan Volume 2

alhamdulillah hari ini ada tambahan promosi lagi dengan label yang baru dan packging yang baru juga tau , jom sesama grab 3 bekas terus sempena promosi dan tak lama nak puasa raya






01 April 2018

Garam Masakan Nur Berwajah Baru Mulai 1 April 2018

Alhamdulillah garam masakan nur kini berwajah baru, nampak lebih segar dan lebih menyelerakan, rasa nak masak hari hari aje kan. 

harga masih sama dan kami datangkan dengan 3 jenis packaging dengan berat 400 gram. hanya serendah rm7.00 sahaja.

Dengan berbelanja sehari 0.25 sen kita mampu mengembirakan seisi keluarga. 3 jenis packaging , refill pack rm7.00, plastic jar rm7.50 dan glass jar rm9.00

dapatkan segera sebelum stok habis tau.
 



29 March 2018

Promosi Garam Masakan Volume 1

Julung kalinya garamnur.com mengadakan promosi garam masakan, alhamdulillah berkat sokongan pelanggan garam nur masuk tahun yang ke 4 ini, kita berbesar hati untuk mengadakan promosi ini